Monday, June 13, 2011

:: Weekend yg telah berlalu ::

assalamualaikum..
salam pagi isnin yg kemalas-malasan memulakan hari..

2 hari x update laman hijau ni.. bz ngn hal rumahtgga..(psstt.. skang ni sy ngah dlm proses meng'solehah'kan diri..)
nk jd isteri solehah.. 2 je matlamat sy.. br suami syg..(*;*) hehehe..
syurga di telapak kaki suami..

sejak2 kes besday party suprise yg tlah didalangi oleh membe2 dan mastermindnye, kompom la suami sy..(terharu gilerrr...http://www.emocutez.comnanes woo..), sy rs amatlah disayangi.. huhuhuhu.. rs cm nk terbang plak ni.. oppss... kaki dh naek keatas.. sila tarik sy kembali ke bumi..http://www.emocutez.com

ooohh... jauh telah sy pergi... back 2 work!! tatata...http://www.emocutez.com

Friday, June 10, 2011

:: Tips menambat hati suami ::


ASSALAMUALAIKUM...



Di pg yg barakah ni, sy ase nk share sesuatu yg sgt bergune bwat para isteri:

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

ehsan dari: pengantin.com

Thursday, June 9, 2011

:: DediCateD 2 mY MOm ::

ASSALAMUALAIKUM...
Hasta pronto!!!

bla..bla..bla.%#*##5 @!!)(*~@.bla... bla..bla..bla..bla.. bla%#*##5 @!!)(*~@..bla..bla..bla.. bla..bla..bla..bla..%#*##5 @!!)(*~@# (ngah hafal syair arab.. sok exam..)
ngah khusyuk i stdy, smbil dnga radio.. red.fm (104.9) tiba2 i sesuatu tlah mnarik phatian i..

"You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be."


argghh.... sesungguhnya, i really love dis song.. n lagu ni mmg special 4 my BELOVED MOM..
' lau mak dnga lagu ni, percayalah, sesungguhnya lagu ni yan tuju mmg utk mak' (huhuhu.. mak dnga ke radio omputih??)

oleh yg dmikian, i letak lagu ni kat blog i sampai i ase nk muntah ble dnga k.. also the lyric.. enjoy!




p/s: gedik plak mlm ni gna gnti nma dri "I" eh.. AAK??

Hari ni sy POse


ari ni sy pose.. a.k.a puasa.. kang org bace len plak, ingt aku pose untuk shooting lak.. hahaha.. i ni bkn artis ye..

nk mkn ape ek?? sila bg idea..
nasi ayam penyet..

nasi goreng udang

tomyam campur

pecel lele (ireng plak lelenye)

arghh.. lapa plak tgk sajian kat atas ni.. sbnanye, nk mam khao mok kai, tp xda..=(
kho mok kai..(nmpk syedap je.. tp yg kat cni gne ayam goreng crispy.. ag syedap!)

.:: bersawang!!::.






pehhh..pehh..pehh... bersawang abeh la...eh, nuuu spider sedang m'bina lg.. syuhhh!! syuhh!!!
oppsss.. terover sudah.. ehemm.. ASSALAMUALAIKUM...

lame dah usha, godek2 ruang ni.. tp x update pon.. sbb pe?? sbb jari ni x mo mnari kat keyboard ni.. so?? bkn sy harus dpersalahkan.. sekian..

manyak ngat nk cter.. tp x to nk mula cm ne.. t la, lau dh mule x leh stop.. maka, dgn ini, sy akan bercerabih len kali.. ok?? sokay la 2!!

Thursday, September 2, 2010

.::korg penah ke??

haaa.. korg penah ke???

aku kompom la x penah..
ape? hahaha..

penah g bazaar ramadhan pkai selipar sebelah-sebelain? (term baru yg dperkenalkan oleh hidayatul akmar)

hahaaa.. kompom x penah kan??

cternye camni, gara2 murtabak shedap kat greenwood, aku p bazar ari 2, trn2 kete trus masuk bazaar.. abg x masuk sbb xda parking.. so, beliau tggu lam kete je.. ape2 hal snang. aku pon p la beli murtabak tersebut kat greenwood. puas! dah dpt 2, beli lg 2,3 mcm mkanan ag.. org sesak usah nk habaq la.. (ooo. lupe plak, waktu 2 aku pkai jeans, lipat 1 bhgn kaki so, lebar gak la aku lipat.. tshirt n tudung selempang ja..) so, pas beli 2, ak pon kua dr bazaar p ke kete 2, lalu jln luar.. mknenye jln yg org x ramai.. tepi jln ar kirenye.. pas 2, ak tgk org pndg aku ats bwh, then, senyum.. 2,3, org gak la.. ak pelik.. aku pon chek diri.. sahhh!! pttla org pandang hgga g2 sekali! kaki kiri crocs kaki kanan selipar jamban yg bijik2 2. hadoiii.. so embrasssssing!! dah la dress up cam minah indon.. selipar lak sebelah-sebelain!! mane ak nk letak muka ni? ak pon jln trus tanpa ngkat muka... punyelah terus, hgga meninggalkan kete aku.. tp x jauh.. pas 2bawu pasan, patah balik... trus masuk kete.. malu x terhingga la ketika 2..

Tuesday, August 24, 2010

i got award!!


haaaa.. lame x bukak pon dapat award.. korg ad ke?? xda kan??
ko ni ziera.. nmpak sgt bodek aku.. pok kang.. tau la..
nway, thanks!
tadaaa!!

again n again..
i love to change my layoutss!
y so many 's'?
huhuhu.. bcoz byk kali i cube tukar..
tukar punye tukar, diz iz da final.. ntah... nmpk cm cantek.. tp?? mcm je la..
ape2 pon, kaler ijau masih kekal ada.. walopon ckit2 ibarat melukut d tepian gantang.. hahahaha..

rindu giler la kat laman ijau ni.. oppsss!!
bkn laman ijau dah.. laman kalerful ni ibarat kain 1Malaysia..

hohohoho.. adios!